SEJARAH KERTAS 3 (SOALAN 5)

SEJARAH
KERTAS 3
3 JAM

TEMA/TAJUK: 11.3 Pembangunan dan Perpaduan untuk Kesejahteraan

1249/3

Tema Umum: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Perlembagaan Malaysia berasaskan Perlembagaan Tanah Melayu 1957 terbukti berjaya melahirkan Malaysia sebagai negara aman dan makmur.

Tugasan Spesifik:
Perlembagaan Malaysia berasaskan Perlembagaan Tanah Melayu 1957 terbukti berjaya melahirkan Malaysia sebagai negara aman dan makmur.

Perlembagaan Malaysia telah menjadi kunci kestabilan dan kemajuan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial. BINCANGKAN.


Aspek
Perincian
Markah
Pengenalan
1 (a) Maksud Perlembagaan. [2 markah]
(b) Maksud keluhuran perlembagaan [3 markah]
5 markah
Isi dan Huraian
2 Sebab perlembagaan negara perlu dipinda dari semasa ke semasa.
10 markah


3 (a) Proses penggubalan perlembagaan Malaysia. [10 markah]
(b) Kaedah pindaan perlembagaan Malaysia. [10 markah]
20 markah


4 Kepentingan perlembagaan kepada negara kita.
25 markah


5 Kejayaan yang dicapai negara melalui pengamalan undang-undang negara
10 markah


6 Keadaan yang berlaku sekiranya negara tiada perlembagaan.
10 markah


7 (a) Cabaran yang dihadapi negara untuk melahirkan rakyat yang patuh kepada undang-undang negara. [5 markah]
(b) Langkah-langlah untuk mengatasi cabaran tersebut.
[5 markah]
10 markah


8 Nilai-nilai murni dan iktibar daripada kejayaan pengamalan perlembagaan negara yang adil dan saksama.
5 markah
Kesimpulan
9 Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan.


(a) Pengetahuan yang diperoleh
(b) Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
(c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang.
5 markah
KERTAS SOALAN TAMAT

Comments